Saturday 31 March 2012

TAMADUN YANG HEBAT


TAMADUN YANG HEBAT


Hari ini, Islam tidak lagi mencapai kegemilangannya seperti zaman Nabi Muhammad. Pencagahan sering berlaku dimana-mana dan persepakatan antara pemimpin dan rakyat sukar dicapai. Berbanding dengan umat islam yang terdahulu mereka dapat mencipta tamadun yang hebat dan islam tersebar dengan meluas di setiap pelusuk muka bumi Allah. Sejarah telah membuktikan bahawa Islam dapat memayungi dua pertiga dunia.
Anatara faktor yang menyumbang kejayaan umat Islam pada zaman dahulu;
A.)          Kecekapan dan Kebijaksanaan Pemimpin

®   Umar bin al-Khattab.
Beliau telah membuka wilayah-wilayah yang baru seperti Mesir, Rom dan Parsi dan melantik panglima-panglima tentera yang berkebolehan mentadbir wilayah-wilayah baru tersebut. Begitulah ciri-ciri seorang pemimpin yang cekap dan bijaksana.

B.)                Penguasaan Ilmu Pengetahuan

®    Harun ar-Rashid
Beliau merupakan khalifah ke-5 dari Kerajaan Abbasiyyah sangat mencintai ilmu pengetahuan sehingga pada zaman pemerintahannya, kota Baghdad  menjadi salah satu kota ilmu pengetahuan dunia. Ini membuktikan betapa pentingnya ilmu pengetahuan.

C.)                Ekonomi yang Stabil

®   Abdul Rahman bin Auf
Seorang badan koperat yang berjaya. Beliau telah berjaya memantapkan ekonomi orang Islam di Madinah  apabila ekonomi di Madinah pada masa itu dimonopolikan oleh orang Yahudi. Keadaan ini telah menyelamatkan umat Islam daripada ditindas dan dimanipulasikan  ekonomi mereka.

D.)               Kekuatan Pertahanan Negara

®   Salahuddin al-Ayyubi,
Seorang panglima tentera dan juga seorang ketua negara telah memperkuatkan pasukan tenteranya sehingga boleh menawan kota Jerusalem dan sekali gus mengembalikan maruah umat Islam. Pernah satu ketika, apabila tentera-tentera Salib merancang menyerang kota Mekah dan Madinah, tentera-tentera Salib menyerang rombongan haji yang dalam perjalanan ke Mekah. Lalu Salahuddin al-Ayyubi memerintahkan tentera-tenteranya mengawal rombongan haji yang ingin ke Mekah dan berjaga-jaga di perbatasan negara Islam. Ini telah membuktikan umat Islam  mempunyai ketenteraan yang kuat.

E.)                Hubungan Baik antara Pemimpin dan Rakyat

®   Umar bin Abdul Aziz.
Beliau sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya sehingga beliau selalu keluar malam untuk memantau keadaan rakyatnya. Sehingga pernah suatu hari semasa beliau membahagikan buah epal, datang anak perempuan beliau lalu mengambil sebiji epal tersebut. Beliau segera menyambar semula epal  tersebut dan anak perempuan tersebut menangis lalu pulang ke rumah mengadu kepada bondanya. Selepas Umar bin Abdul Aziz pulang ke rumah, isteri beliau bertanya kepada beliau mengapa berbuat sedemikian kepada anak mereka. Lalu Umar bin Abdul Aziz menjawab, " Sebenarnya bukan aku tidak mahu bagi tetapi aku bimbang buah epal itu hak rakyat ".

F.)                Semangat Jihad yang tinggi

®   Zaman Sultan Muhammad al-Fateh yang ingin menakluk kota Konstantinopel
Beliau telah mengeluarkan panggilan jihad kepada rakyatnya. Maka rakyatnya menyatakan taat setia kepadanya dan akan bersiap-sedia untuk mempertahankan serta menginfakkan harta mereka ke jalan Allah. Mereka berjihad bersungguh-sungguh untuk menawan kota Konstantinopel dan akhirnya mereka dapat menawan kota tersebut.

Terbukti bahawa umat islam terdahulu sangat hebat dalm membina sebuah tamadun yang hebat. Umat Islam perlu berstau padu untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam. Oleh itu, kita perlu mahir dalam apa jua bidang seperti kejuruteraan, undang-undang dan pendidikan.

‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh’