Thursday, 22 March 2012


Kecil-kecil cili padi…

Tahukah anda Negara manakah yang terkaya di dunia? Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi. Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia.

Senarai Negara Terkaya Di Dunia

1.  Qatar - KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM266,306) 
2. Luxembourg - KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM245,175)
3. Singapore - KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM171,620)
4.  Norway - KDNK per kapita AS$52,000 (RM157,356)
5. Brunei - KDNK per kapita sekitar  AS$48,000 (RM145,252)
6.  United Arab Emirates
7.  United States
8.  Hong Kong
9.  Switzerland
10. Netherlands
11. Australia
12. Austria
13. Ireland
14. Canada
15.  Kuwait


Cuba anda lihat, terdapat beberapa Negara Asia mampu menjadi Negara yang terkaya di dunia. Contohnya seperti SINGAPURA dan BRUNEI. Kejayaan ini tidak ubah bak kecil-kecil cili padi


Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia : 

· Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
· Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi.




Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, BRUNEI dan SINGAPURA :

· Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di duni. Mereka lebih  bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
· Brunei mempunyai minyak, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
·  Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 15 negara terkaya di dunia
· Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.






Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri.

No comments:

Post a Comment