Konsep islam
hadhari(yang bertamadun)..
Kenap ianye tidak
diteruskan lagi..???
Islam Hadhari
(Arab: الإسلام الحضاري )
atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia
pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari
al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia
adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut
yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.
Dari segi istilah, perkataan “hadhari” membawa
maksud “yang bertamadun” atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam
bahasa Inggeris disebut sebagai “Civilizational Islam”, dan dalam Bahasa Arab
sebagai “Al-Islam al-Hadhari”.
Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah : “Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”.
Sebagai huraian kepada takrif di atas bahawa;
Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi’e atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik (Islam al-Siyasi),Islam bersifat tasawwuf (Islam al-Sufi) dan seumpamanya.
Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk
meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang
unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa
sempadan, ekonomi global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta
penjajahan pemikiran.
Pendekatan Islam Hadhari, tidak
menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan
hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak
kepada pembinaan tamadun yang luhur.
Visi
Visi Islam Hadhari adalah Untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam
Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara
yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan
berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan
berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.
Misi
Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam
yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
Objektif
Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang
mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu
berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani
cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
Mengapa ada pihak yang mempertikaikan nama 'Islam Hadhari'?
Perlukah digandingkan Islam dengan lain-lain istilah? Wajarkah Islam
dikahwinkan dengan lain-lain pendekatan, fahaman (ism)dan lain-lain. Dalam
dunia ini terdapat beberapa istilah yang popular digunakan seperti 'Islam
Liberal' dan 'Islam Sosialis'.
Apakah persamaan dan berbezaannya 'Islam hadhari' dan 'Hadharah Islam'? Apakah semakin ramai yang faham atau semakin mengelirukan? Persoalan-persoalan ini akan terus berlegar dikalangan umat Islam. Masih ramai yang masih tertanya-tanya dan tidak kurang pula yang mencari jawapan.
Apakah persamaan dan berbezaannya 'Islam hadhari' dan 'Hadharah Islam'? Apakah semakin ramai yang faham atau semakin mengelirukan? Persoalan-persoalan ini akan terus berlegar dikalangan umat Islam. Masih ramai yang masih tertanya-tanya dan tidak kurang pula yang mencari jawapan.
Sbb islam yang
rasullulah bawak itu dah cukup sempurna....tak perlu nak ciptakan islam yang
baru walaupun sekadar pada nama.
Bagaimana pula
pendapat anda??
Mengapakah islam hadhari tidak
lagi diteruskan???
No comments:
Post a Comment