KEPIMPINAN YANG KEJAM DAN TIDAK
BERTAMADUN….
Pembunuhan
kanak-kanak di SYRIA sangat kejam!!!!
Revolusi berlaku apabila sekumpulan kanak-kanak menconteng dinding dengan
menulis “rakyat mahu jatuhkan kerajaan”. Selepas kejadian itu, pihak
keselamatan menangkap kanak-kanak tersebut dan menyeksa mereka dengan
mencacatkan tangan mereka. Akibat daripada kekejaman yang dilakukan oleh rejim Bashar Assad, ini menimbulkan bangkitnya kemarahan rakyat Syria.
Salah satu kekejaman
dilakukan ialah seramai 40000 orang rakyat Syria telah mati dalam masa 42 hari,
ramai wanita diculik dan dirogol sebelum dibunuh dan ramai kanak-kanak yang
tidak berdosa mati disembelih dan ditikam. Seorang ukhti, bernama Zainab
Al-Husni. Beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang
menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4
KERAT. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan
ke hadapan keluarga beliau. Hal
demikian menyebabkan penduduk rakyat Syria dalam keadaan yang tidak tenteram dan
menyebabkan mereka berpakat untuk melarikan diri demi menyelamatkan nyawa
sendiri.
Kanak-kanak kecil
ini tidak sepatutnya menjadi korban kepada kezaliman rejim Bashar jika
mereka mempunyai sifat perikemanusiaan. Tetapi Marwah ‘Adil
Bahar tiada pilihan lain kecuali mati mulia dengan pisau sembelihan tentera
Bashar.
Gambar ini diambil di dalam video yang dirakamkan
oleh seorang rakyat Syria berkenaan wajah kanak-kanak yang di bunuh kejam oleh
rejim Bashar Assad. Arwah Marwah ‘Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim
Bashar Assad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut. Video ini diambil
selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan sebelum dikebumikan.
Sejarah kepimpinan Bashar Assad
Bashar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad
yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil
Bashar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang
berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad.
Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.
Kejadian ini akibat daripada sikap
manusia yang tidak bertamadun. Dimanakah
hilangnya sifat kasih sayang dan perikemanusiaan di kalangan manusia masa
kini.. Wahai rakan-rakanku sekalian,
bersama-samalah kita memupuk ciri-ciri tamadun dalam diri kita untuk menjamin
keharmonian negara kita dan moga-moga nilai-nilai murni akan sentiasa
berkekalan ke generasi yang akan datang.
No comments:
Post a Comment