Saturday, 24 March 2012

PEGANGAN MANUSIA....


                             PEGANGAN MANUSIA....

Al-Quran adalah sumber pertama dan tiada yang boleh dibandingkan dengannya. Al-Quran mempunyai darjat yang tinggi antara sumber-sumber yang lain. Kini, isu berkaitan dengan Al-Quran mula timbul di kalangan masyarakat sekarang.

CONTOH KES 1:




Gambar ini telah diambil di Surau Al Badar bersebelahan pokok pekida kawasan lembah pantai. Al- Quran pun di 1 Malaysia kan??? Pada halaman Surah Al-Mulk, tertera huruf Alif dalam ayat Al-Quran diubah bagi menggantikan Logo 1 Malaysia. Apakah tujuan perbuatan ini dilakukan? Isu ini juga telah ditanya pada golongan ahli agama.

CONTOH KES 2:
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memohon maaf dan menyatakan ketidaksengajaan setelah membakar Al-Quran di Afghanistan. Pada 11 September 2001, pendeta Terry Jones membakar Al-Quran di Florida, Amerika Syarikat yang menuduh Islam & hukum syariah bertanggungjawab atas tercetusnya keganasan & runtuhnya gedung World Trace Center (WTC).


Segelintir umat Islam yang mengadakan demonstrasi & menyerahkan memorandum membantah tentang pembakaran Al-Quran oleh NATO di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman: 
 Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah  dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus. 
(Surah Al-Maidah: 14 & 15)





No comments:

Post a Comment