Wednesday, 21 March 2012

Remaja Mengaku Tidak Diculik

Assalamualakun dan salam sejahtera.

Terkini, remaja perempuan yang berusia 15 tahun dikatakan hilang ketika membeli kad tambah nilai. Dan beberapa jam yang lalu, remaja itu sendiri, Siti Fatihah yang telah pun dijumpai mengaku bahawa dia tidak diculik, sebaliknya melarikan diri untuk tinggal bersama teman lelakinya kerana mengalami tekanan emosi.


Alasan jenis apakah itu??

Sedangkan ibu dan bapanya bertungkus-lumus mencari anaknya yang hilang, tetapi, anaknya pula sebaliknya.

Masalah tidak akan selesai jika lari daripada masalah itu sendiri, sebaliknya, berani menghadapi masalah itu sendiri dan berfikiran positif.

Adalah jelas untuk diperkatakan bahawa manusia sekarang lebih suka mencari jalan pintas untuk menyelesaikan sesuatu masalah daripada menghadapi kenyataan itu sendiri.



Adakah manusia sekarang sudah hilang nilai moralnya? Hilang rasa hormat kepada orang yang lebih tua?

Sanggup remaja tersebut berbuat demikian kepada ibu bapanya...

Bukanlah hendak menyalahkan remaja tersebut 100%, ibu bapa juga harus memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa harus memberikan contoh yang positif kepada anak mereka dalam menangani sesuatu masalah.

Seperti mana manusia-manusia yang lain, ibu bapa juga meruakan manusia biasa yang melakukan kesilapan. Oleh itu, seharusnya kita saling bermaaf-maafan.

Renung-renungkanlah. Jangan kerana suatu masalah, runtuhnya nilai moral dan juga pecahnya hubungan kekeluargaan. Justeru, cukup menakutkan jika anak-anak kita sendiri tidak menghormati kita sebagai ibu bapanya sebaliknya mereka sendiri lebih mempercayai orang luar.

Sumber: http://mynewshub.my

No comments:

Post a Comment