ISU YANG TAK PERNAH
HABIS.................PERKAUMAN
Mengikut Kamus Pelajar
Bahasa Malaysia,cetakkan ke-9(1993) Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), kaum bermaksud golongan orang sebagai sebahagian
daripada satu bangsa yang besar. Kaum juga boleh diiktiraf sebagai perkataan
lain bagi bangsa. Antara 3 kaum majoriti di Malaysia ialah melayu, cina, dan
india.
Isu perkauman dan isu
sensitif boleh mengganggu keharmonian, mencetuskan huru-hara dan mewujudkan
konflik sesama sendiri. Hal-hal negatif ini akan menggugat keharmonian hubungan
antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang
kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum
agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama
dan budaya.
Masih ingatkah kita
pada isu Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee?
Dia yang telah
mencetuskan kontroversi tentang lagu Negaraku di YouTube. Antara isu yang telah
disentuh oleh Namawee dalam liriknya ialah pemakaian tudung dan masjid. Dia
telah mengatakan masjid di Malaysia membuat bising di pagi hari. Seperti yang
kita sedia maklum hal tersebut berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Pastinya
rakyat Malaysia yang beragama islam menyesal dengan tindakan yang dilakukan
oleh Namewee.
Apa yang dilakukan oleh Namewee itu sudah keterlaluan dan menghiris
perasaan bangsa Melayu. Diharapkan pemuda ini belajar daripada kesilapan lalu
yang pernah dilakukannya sebelum ini. Malaysia ada bangsa melayu, cina, india
dan lain-lain yang menjadiakn kita 1 Malaysia.
Ingatlah, terbinanya perpaduan yang erat terbinalah sebuah tamadun yang hebat.
No comments:
Post a Comment