Seperti petikan surat khabar Utusan Malaysia yang bertarikh 2-11-10:
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang
Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.
Melalui petikan di atas, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan krisis ekonomi. Jadi, Pena Srikandi ingin bertanyakan bahawa masih relevankah penggunaan matawang semasa sekarang jika dibandingkan dengan penggunaan dinar emas yang mempunyai nilai yang tinggi serta diterima di serata dunia?
Mungkinkah negara Malaysia sendiri akan menaik taraf nilai matawang Ringgit Malaysia kepada dinar emas supaya dapat bersaing dengan negara-negara luar yang lebih besar dan berkuasa dari segi ekonominya ataupun tidak.....
Contah wang Ringgit Malaysia
Contoh dinar emas
Apa kata anda??
No comments:
Post a Comment