Saturday, 31 March 2012

TAMADUN YANG HEBAT


TAMADUN YANG HEBAT


Hari ini, Islam tidak lagi mencapai kegemilangannya seperti zaman Nabi Muhammad. Pencagahan sering berlaku dimana-mana dan persepakatan antara pemimpin dan rakyat sukar dicapai. Berbanding dengan umat islam yang terdahulu mereka dapat mencipta tamadun yang hebat dan islam tersebar dengan meluas di setiap pelusuk muka bumi Allah. Sejarah telah membuktikan bahawa Islam dapat memayungi dua pertiga dunia.
Anatara faktor yang menyumbang kejayaan umat Islam pada zaman dahulu;
A.)          Kecekapan dan Kebijaksanaan Pemimpin

®   Umar bin al-Khattab.
Beliau telah membuka wilayah-wilayah yang baru seperti Mesir, Rom dan Parsi dan melantik panglima-panglima tentera yang berkebolehan mentadbir wilayah-wilayah baru tersebut. Begitulah ciri-ciri seorang pemimpin yang cekap dan bijaksana.

B.)                Penguasaan Ilmu Pengetahuan

®    Harun ar-Rashid
Beliau merupakan khalifah ke-5 dari Kerajaan Abbasiyyah sangat mencintai ilmu pengetahuan sehingga pada zaman pemerintahannya, kota Baghdad  menjadi salah satu kota ilmu pengetahuan dunia. Ini membuktikan betapa pentingnya ilmu pengetahuan.

C.)                Ekonomi yang Stabil

®   Abdul Rahman bin Auf
Seorang badan koperat yang berjaya. Beliau telah berjaya memantapkan ekonomi orang Islam di Madinah  apabila ekonomi di Madinah pada masa itu dimonopolikan oleh orang Yahudi. Keadaan ini telah menyelamatkan umat Islam daripada ditindas dan dimanipulasikan  ekonomi mereka.

D.)               Kekuatan Pertahanan Negara

®   Salahuddin al-Ayyubi,
Seorang panglima tentera dan juga seorang ketua negara telah memperkuatkan pasukan tenteranya sehingga boleh menawan kota Jerusalem dan sekali gus mengembalikan maruah umat Islam. Pernah satu ketika, apabila tentera-tentera Salib merancang menyerang kota Mekah dan Madinah, tentera-tentera Salib menyerang rombongan haji yang dalam perjalanan ke Mekah. Lalu Salahuddin al-Ayyubi memerintahkan tentera-tenteranya mengawal rombongan haji yang ingin ke Mekah dan berjaga-jaga di perbatasan negara Islam. Ini telah membuktikan umat Islam  mempunyai ketenteraan yang kuat.

E.)                Hubungan Baik antara Pemimpin dan Rakyat

®   Umar bin Abdul Aziz.
Beliau sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya sehingga beliau selalu keluar malam untuk memantau keadaan rakyatnya. Sehingga pernah suatu hari semasa beliau membahagikan buah epal, datang anak perempuan beliau lalu mengambil sebiji epal tersebut. Beliau segera menyambar semula epal  tersebut dan anak perempuan tersebut menangis lalu pulang ke rumah mengadu kepada bondanya. Selepas Umar bin Abdul Aziz pulang ke rumah, isteri beliau bertanya kepada beliau mengapa berbuat sedemikian kepada anak mereka. Lalu Umar bin Abdul Aziz menjawab, " Sebenarnya bukan aku tidak mahu bagi tetapi aku bimbang buah epal itu hak rakyat ".

F.)                Semangat Jihad yang tinggi

®   Zaman Sultan Muhammad al-Fateh yang ingin menakluk kota Konstantinopel
Beliau telah mengeluarkan panggilan jihad kepada rakyatnya. Maka rakyatnya menyatakan taat setia kepadanya dan akan bersiap-sedia untuk mempertahankan serta menginfakkan harta mereka ke jalan Allah. Mereka berjihad bersungguh-sungguh untuk menawan kota Konstantinopel dan akhirnya mereka dapat menawan kota tersebut.

Terbukti bahawa umat islam terdahulu sangat hebat dalm membina sebuah tamadun yang hebat. Umat Islam perlu berstau padu untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam. Oleh itu, kita perlu mahir dalam apa jua bidang seperti kejuruteraan, undang-undang dan pendidikan.

‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh’


Monday, 26 March 2012


Perkembangan islam di cina…..

Islam mempunyai warisan yang kaya di China. Islam mula sampai di China dari negara-negara Arab pada zaman Dinasti Tang iaitu dalam tahun 651 Masihi. Walaupun umat Islam terbahagi kepada dua puak yang besar, iaitu puak Sunnah dan Syiah, namun, umat Islam di China kebanyakannya tergolong dalam puak Syiah
Kini, Jumlah umat Islam meningkat dengan pesat di China bermula pada hujung tahun 1960-an. Menurut banci penduduk yang dijalankan di seluruh negara pada tahun 2006, jumlah umat Islam di Tanah Besar China lebih daripada 20 juta orang.



Sekarang ini, di mana sahaja ada kawasan kediaman masyarakat Islam, di situ terdapatlah masjid yang berbeza-beza saiznya. Menurut statistik rasmi, di China sekarang ini terdapat lebih daripada 17 ribu buah kuil dan biara agama Buddha, lebih daripada 1500 buah kuil pengikut fahaman Tao, lebih daripada 4600 buah gereja Katholik dan lebih daripada 12 ribu gereja Kristian, manakala jumlah masjid mencatat lebih daripada 30 ribu buah. Selain membina masjid yang baru, kerajaan China juga memperuntukkan dana untuk membina semula atau membesarkan masjid yang sedia ada di pelbagai tempat untuk menampung lebih ramai penganut yang melaksanakan ibadat bersama-sama.


Dengan ekonomi yang berkembang pesat di China, taraf hidup rakyat semakin meningkat. Begitu juga dengan taraf hidup umat Islam. Kini ada penganut Islam yang sudah mampu berbelanja untuk membina masjid. Contohnya, Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat Kumpulan Farmaseutikal Xiuzheng, Xiu Laigui dan isterinya, iaitu pasangan penganut agama Islam yang telah melabur lebih 4 juta Yuan RMB untuk membina Masjid Tonghua di provinsi Jilin. Masjid yang luasnya lebih daripada 1400 meter persegi itu siap dibina pada tahun 2006.



Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah umat Islam China yang mampu menunaikan fardu haji ke Mekah juga terus meningkat. Jumlah tersebut mencecah 10 ribu orang buat kali pertamanya pada tahun 2007. Menurut pegawai dari Jabatan Agama Provinsi Gansu, umat Islam di sana yang menunaikan fardu haji ke Mekah dengan menyertai jemaah haji dari China pada tahun 1985 hanya berjumlah lebih 10 orang sahaja. Manakala pada tahun ini, jumlah mereka telah mencecah hampir 2500 orang, mencipta rekod baru dalam sejarah provinsi itu. Persatuan Islam China telah menubuhkan jabatan khas pada bulan Mei lalu untuk menguruskan hal ehwal jemaah haji demi memberikan bantuan kepada umat Islam China yang menunaikan fardu haji ke Mekah. Persatuan itu bukan sahaja menyediakan penterjemah dan doktor untuk mengiringi jemaah haji, malah menghantar petugasnya ke Mekah lebih dulu untuk mengatur penginapan dan kemudahan pengangkutan untuk memastikan umat Islam China dapat menunaikan fardu haji dengan lancar di sana.



Selain itu, budaya Islam juga berkembang dengan baik di China pada masa ini. Muzium Etnik Hui China—muzium pertama yang mempamerkan budaya Islam di China telah dibuka di Wilayah Autonomi Hui Ningxia pada bulan September lalu. Sejarah etnik Hui, agama, budaya, adat resam, tokoh dalam sejarah dan perkembangan etnik Hui serta maklumat tentang sejarah dan budaya agama Islam di dunia dipamerkan di muzium itu menerusi gambar, tulisan, artifak, arca, audio dan video.





Saturday, 24 March 2012


ISU YANG TAK PERNAH HABIS.................PERKAUMAN


Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia,cetakkan ke-9(1993) Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), kaum bermaksud golongan orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar. Kaum juga boleh diiktiraf sebagai perkataan lain bagi bangsa. Antara 3 kaum majoriti di Malaysia ialah melayu, cina, dan india.

Isu perkauman dan isu sensitif boleh mengganggu keharmonian, mencetuskan huru-hara dan mewujudkan konflik sesama sendiri. Hal-hal negatif ini akan menggugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.

Masih ingatkah kita pada isu Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee?

Dia yang telah mencetuskan kontroversi tentang lagu Negaraku di YouTube. Antara isu yang telah disentuh oleh Namawee dalam liriknya ialah pemakaian tudung dan masjid. Dia telah mengatakan masjid di Malaysia membuat bising di pagi hari. Seperti yang kita sedia maklum hal tersebut berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Pastinya rakyat Malaysia yang beragama islam menyesal dengan tindakan yang dilakukan oleh Namewee.

Apa yang dilakukan oleh Namewee itu sudah keterlaluan dan menghiris perasaan bangsa Melayu. Diharapkan pemuda ini belajar daripada kesilapan lalu yang pernah dilakukannya sebelum ini. Malaysia ada bangsa melayu, cina, india dan lain-lain yang menjadiakn kita 1 Malaysia.

Ingatlah, terbinanya perpaduan yang erat terbinalah sebuah tamadun yang hebat. 



PEGANGAN MANUSIA....


                             PEGANGAN MANUSIA....

Al-Quran adalah sumber pertama dan tiada yang boleh dibandingkan dengannya. Al-Quran mempunyai darjat yang tinggi antara sumber-sumber yang lain. Kini, isu berkaitan dengan Al-Quran mula timbul di kalangan masyarakat sekarang.

CONTOH KES 1:




Gambar ini telah diambil di Surau Al Badar bersebelahan pokok pekida kawasan lembah pantai. Al- Quran pun di 1 Malaysia kan??? Pada halaman Surah Al-Mulk, tertera huruf Alif dalam ayat Al-Quran diubah bagi menggantikan Logo 1 Malaysia. Apakah tujuan perbuatan ini dilakukan? Isu ini juga telah ditanya pada golongan ahli agama.

CONTOH KES 2:
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memohon maaf dan menyatakan ketidaksengajaan setelah membakar Al-Quran di Afghanistan. Pada 11 September 2001, pendeta Terry Jones membakar Al-Quran di Florida, Amerika Syarikat yang menuduh Islam & hukum syariah bertanggungjawab atas tercetusnya keganasan & runtuhnya gedung World Trace Center (WTC).


Segelintir umat Islam yang mengadakan demonstrasi & menyerahkan memorandum membantah tentang pembakaran Al-Quran oleh NATO di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman: 
 Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah  dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus. 
(Surah Al-Maidah: 14 & 15)





Thursday, 22 March 2012


Kecil-kecil cili padi…

Tahukah anda Negara manakah yang terkaya di dunia? Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi. Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia.

Senarai Negara Terkaya Di Dunia

1.  Qatar - KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM266,306) 
2. Luxembourg - KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM245,175)
3. Singapore - KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM171,620)
4.  Norway - KDNK per kapita AS$52,000 (RM157,356)
5. Brunei - KDNK per kapita sekitar  AS$48,000 (RM145,252)
6.  United Arab Emirates
7.  United States
8.  Hong Kong
9.  Switzerland
10. Netherlands
11. Australia
12. Austria
13. Ireland
14. Canada
15.  Kuwait


Cuba anda lihat, terdapat beberapa Negara Asia mampu menjadi Negara yang terkaya di dunia. Contohnya seperti SINGAPURA dan BRUNEI. Kejayaan ini tidak ubah bak kecil-kecil cili padi


Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia : 

· Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
· Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi.




Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, BRUNEI dan SINGAPURA :

· Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di duni. Mereka lebih  bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
· Brunei mempunyai minyak, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
·  Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 15 negara terkaya di dunia
· Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.






Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri.


Konsep islam hadhari(yang bertamadun)..
Kenap ianye tidak diteruskan lagi..???


Islam Hadhari    (Arab: الإسلام الحضاري ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.




Dari segi istilah, perkataan “hadhari” membawa maksud “yang bertamadun” atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Civilizational Islam”, dan dalam Bahasa Arab sebagai “Al-Islam al-Hadhari”.




Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah : “Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”.


Sebagai huraian kepada takrif di atas bahawa;


Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi’e atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik (Islam al-Siyasi),Islam bersifat tasawwuf (Islam al-Sufi) dan seumpamanya.

Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.



Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.


Visi
Visi Islam Hadhari adalah Untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.




Misi
Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.




Objektif
Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.



islam hadhari gagal????



Mengapa ada pihak yang mempertikaikan nama 'Islam Hadhari'? Perlukah digandingkan Islam dengan lain-lain istilah? Wajarkah Islam dikahwinkan dengan lain-lain pendekatan, fahaman (ism)dan lain-lain. Dalam dunia ini terdapat beberapa istilah yang popular digunakan seperti 'Islam Liberal' dan 'Islam Sosialis'.

Apakah persamaan dan berbezaannya 'Islam hadhari' dan 'Hadharah Islam'? Apakah semakin ramai yang faham atau semakin mengelirukan? Persoalan-persoalan ini akan terus berlegar dikalangan umat Islam. Masih ramai yang masih tertanya-tanya dan tidak kurang pula yang mencari jawapan.

Pendapat sesetengah pihak mengenai islam hadahri..













Sbb islam yang rasullulah bawak itu dah cukup sempurna....tak perlu nak ciptakan islam yang baru walaupun sekadar pada nama.

Bagaimana pula pendapat anda??
Mengapakah islam hadhari tidak lagi diteruskan???









Wednesday, 21 March 2012

Remaja Mengaku Tidak Diculik

Assalamualakun dan salam sejahtera.

Terkini, remaja perempuan yang berusia 15 tahun dikatakan hilang ketika membeli kad tambah nilai. Dan beberapa jam yang lalu, remaja itu sendiri, Siti Fatihah yang telah pun dijumpai mengaku bahawa dia tidak diculik, sebaliknya melarikan diri untuk tinggal bersama teman lelakinya kerana mengalami tekanan emosi.


Alasan jenis apakah itu??

Sedangkan ibu dan bapanya bertungkus-lumus mencari anaknya yang hilang, tetapi, anaknya pula sebaliknya.

Masalah tidak akan selesai jika lari daripada masalah itu sendiri, sebaliknya, berani menghadapi masalah itu sendiri dan berfikiran positif.

Adalah jelas untuk diperkatakan bahawa manusia sekarang lebih suka mencari jalan pintas untuk menyelesaikan sesuatu masalah daripada menghadapi kenyataan itu sendiri.



Adakah manusia sekarang sudah hilang nilai moralnya? Hilang rasa hormat kepada orang yang lebih tua?

Sanggup remaja tersebut berbuat demikian kepada ibu bapanya...

Bukanlah hendak menyalahkan remaja tersebut 100%, ibu bapa juga harus memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa harus memberikan contoh yang positif kepada anak mereka dalam menangani sesuatu masalah.

Seperti mana manusia-manusia yang lain, ibu bapa juga meruakan manusia biasa yang melakukan kesilapan. Oleh itu, seharusnya kita saling bermaaf-maafan.

Renung-renungkanlah. Jangan kerana suatu masalah, runtuhnya nilai moral dan juga pecahnya hubungan kekeluargaan. Justeru, cukup menakutkan jika anak-anak kita sendiri tidak menghormati kita sebagai ibu bapanya sebaliknya mereka sendiri lebih mempercayai orang luar.

Sumber: http://mynewshub.my

Monday, 19 March 2012

RAMAI PELAJAR DALAM BIDANG KEJURUTERAAN...TAPI???


RAMAI PELAJAR DALAM BIDANG KEJURUTERAAN...TAPI???

Marcapada...ramai pelajar mengambil jurusan KEJURUTERAAN..tapi mereka TIDAK TAHU dan TIDAK MENGAMBIL TAHU tentang sumbangan Islam dalam bidang kejuruteraan...
Tamadun Islam telah membuktikan orang-orang Islam mampu memberi sumbangan dalam bidang kejuruteraan... contohnya...
  • Bidang kejuruteraan AWAM HIDOLOGI- pada zaman pemerintahan Khalifah Umar. Menghasilkan pembinaan  beberapa buah terusan. Terusan pertama ialah terusan yang menghubungkan Sungai Nil & Laut Merah. Mengambil masa 6 bulan untuk menyiapkan kira-kira 110km panjang.
  • Khalifah Harun al-Rashid (pada awal abad ke 9M) – menghadiahkan sebuah jam air yang sungguh menarik kepada Raja Charlemagne.
  • Di Samarqand & Baghdad, kilang kertas telah didirikan pada akhir abad ke-8 M. Pada awal abad ke 8-M, jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas.
  • Di Sijistan & Parsi – terdapat kincir angin yang mendapatkan sumber  tenaga dari angin. Kincir angin digunakan untuk mengepam air di dalam pertanian.


    ·        Dalam teknologi PERKAPALAN – jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut.




    ·        Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang ASTRONOMI- teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China (sebelah Timur) dan hingga ke England dan Ireland (sebelah Barat).




    ·        Tokoh Sinan (1538-1588M) – pada zaman Uthmaniah dalam kerja-kerja pembinaan hampir 50 tahun. Beliau dikenali sebagai Mimar Sinan merupakan seorang arkitek yang merekacipta 360 struktur bangunan.






    Jelaslah sains dan teknologi yang di sumbangan pada hari ini adalah dipelopori dari sarjana-sarjana Islam dahulu dan bukannnya dari orang Barat.

    Firman ALLAH S.W.T
    “Maka Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujaadilah: 11) 






Saturday, 17 March 2012


TAMADUN .......Apa itu?



Definisi

            Bahasa
®    Civilization (English) : bermakna bandar (merujuk kpd budaya manusia yg kompleks yg memiliki sains & teknologi serta mmpunyai pengkhususan pekerjaan.
®    Madaniyyah, tamadun, hadarah dan umran (Bhs Arab) : - Umran : penempatan yg didiami,tempt tinggal, subur dan bekembang maju.
®     Hadarah : tanah yg diusahakn,kampung, kota atau bandar.
®    Tamadun (Arab moden) : memenuhi cirri-ciri kehidupan di bandar bagi menggambarkan masyarakat yg bertamadun.
®     Madaniyyah atau mudun : memiliki ciri-ciri tamadun
Istilah
o   Ibn Khaldun : menggunakan istilah Umran yang merujuk kpd penempatan yg didiami, tmpt tinggal, subur dan berkembang maju.
o   Sayyid Qutb: segala bentuk kemajuan yg dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sosial, pemerintahan, politik, ekonomi & kebudayaan yg berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam
o   Collingwood: tamadun ialah satu proses bg mencapai satu tahap kehidupan yg lebih sempurna ataupun satu proses kearah civil yg mana hasil drpd proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yg mempunyai kehalusan budi.

Sifat-sifat Tamadun Islam
v  Sejagat : tidak terikat kepada bangsa tertentu, sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada al-Din.
v  Terbuka dan tidak bersifat tertutup : tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi ia masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa.
v  Sepanjang zaman : berkesinambungan dan mengalami proses kesinambungan sehingga masa kini.
v  Toleransi : tamadun islam berkembang dalam dunia yang tidak dikenali, tetapi tetap mempertahankan toleransi.
v  Kesatuan dalam kepelbagaian : kemajuan dan pencapaian dalam tamadun islam, dan dalam pelbagai bidang semuanya di bawah kesatuan akidah islam yang menjurus ke arah meng-Esakan Tuhan, Allah Pencipta Sekalian Alam.

Ciri-ciri tamadun islam
Ø  Menyeluruh : meliputi aspek kehidupan mausia termasuklah undand-undang, akidah, hubungan dengan Allah dan sesame insane.
Ø  Umum : tamadun islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan setiap tempat kerana cirri umum yang bersifat sejagat dan terbuka.
Ø  Tetap dan anjal : suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.
Ø  Ideal dan realistik : meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah.