Thursday, 15 March 2012

Fenomena masa kini
Pembuangan  bayi…x  ksian ke  kat  baby  tu???


Buang bayi atau lebih kejam lagi di sebut membunuh bayi ini telah berlaku sejak zaman Nabi Musa a.s lagi, di mana pada zaman itu bayi lelaki yang di jadikan sasaran.

Atas perintah Firaun iaitu raja yang memerintah pada masa itu, setiap ibu yang melahirkan anak lelaki akan dibunuh. Hal ini di sebabkan Firaun percaya dengan lamaran nujum yang mengatakan akan lahir seorang lelaki yang bakal mencabar kewibawaannya, dan  seterusnya merampas  tampuk pemerintahannya.

 Perkara seperti ini juga berlaku dalam masyarakat Greek dan Rom, dimana anak-anak kecil dibunuh disebabkan kesempitan hidup.






Demikianlah juga masyarakat sebelum kedatangan islam atau disebut sebagai zaman jahiliah. Nampaknya era jahiliah ini telah berulang kembali.

Kalau dahulu,pembunuhan bayi akibat dari jantinanya dan berlaku dalam  masyarakat yang tidak berpelajaran, terkenal dengan sikap ganas dan kejamnya, hidup berpuak-puak dan saling bermusuhan.






 Tetapi hari ini ia berlaku dalam keadaan masyarakat yang mempunyai keintelektuan yang tinggi,ada asas-asas ke amanan, hidup dengan penuh ciri ketimuran , pemikiran yang semakin matang dan mempunyai sistem kehidupan yang semakin kemas dan mantap. Lebih menyedihkan lagi, ia berlaku tanpa mengira jantina. Lelaki dan perempuan sama sahaja. Biarpun bayi tersebut tidak ditanam hidup- hidup, tetapi di buang ke longkang, di letak ditepi jalan, di dalam tong sampah dan yang paling kejam di masukan ke dalam lubang tandas.







Salah siapa??
Adakah mereka kurang didikan agama??
Dimanakah letaknya ciri-ciri ketamadunan mereka??





2 comments:

  1. Bila manusia hilang rasa manusia, maka, manusia lbh truk dari haiwan. huhu. (Igtn utk diri sndiri gk)

    ReplyDelete